Tuesday, 5 August 2014

Kesan-kesan Pencemaran Air Terhadap Alam…

Nama : 1) Nurhaliza Bt Aziz 

(08DPM14F1037)

2) Zalikha  Izzati Bt

    Ahmad

(08DPM14F1044)

3) Siti Salwa Bt Tamsir

(08DPM14F1031)

4) Nor Amira Suriati

    Bt Redzuan

(08DPM14F1034)

5) Nur Liyana Bt

     Ahmad

(08DPM14F1028)

Tajuk: Kesan-kesan

Pencemaran Air

Terhadap

Alam Sekitar-

Tinjauan Sekitar Klang

Program : Pengajian Perniagaan

Sesi : Jun 2014

Jabatan : Perdagangan

Nama Pensyarah : Encik Wan Norizan






Pengenalan Pencemaran Air

          Fenomena pencemaran alam sekitar tidak pernah lekang. Air merupakan anugerah yang tidak ternilai dan juga merupakan salah satu keperluan asas yang penting kepada manusia. ‘ Pencemaran air’ boleh didefinisikan sebagai perbuatan yang mengotorkan sungai atau laut yang jernih sehingga keruh dengan pelbagai bentuk cara. Pencemaran ini menjadi semakin serius kerana isu ini masih dipandang ringan. Kerajaan pernah mengadakan kempen seperti ‘Cintailah Sungai Kita’ tetapi tidak mendapat sambutan yang diinginkan daripada seluruh lapisan masyarakat. Justeru, fenomena ini terjadi disebabkan oleh pelbagai faktor.
                Salah satu punca permasalahan ini ialah pembuangan sisa toksik daripada kilang-kilang ke dalam sungai atau laut. Sisa toksik dari kilang-kilang tersebut akan mencemarkan sungai dengan menurunkan kualiti atau pH air sungai tersebut. Sebagai contoh, industry memproses serbuk pencuci pakaian memberikan kesan terhadap sistem air di laut. Bahan kimia, asid dan bahan organik seperti nutrient, bahan radioaktif dan gas semakin berleluasa mencemari laut. Natijahnya, habitat dan kualiti kehidupan akuatik seperti ikan, rumpai laut akan menurun kerana keadaan sungai yang kekurangan oksigen dan tercemar tidak sesuai untuk hidupan-hidupan air tersebut. Hal ini berlaku apabila golongan yang tidak bertanggungjawab ini mengairkan sisa toksik tersebut ke dalam sungai dengan alasan mereka tidak perlu menanggung kos pelupusan dan tidak ada pilihan lain selain mengairkan sisa toksik tersebut ke dalam laut atau sungai tanpa memikirkan impaknya. Sikap mementingkan diri sendiri ini perlu dikikis demi kepentingan dan kesejahteraan bersama.
                 Punca kedua yang mendorong kepada fenomena ini ialah penerokaan. Penerokaan kawasan baru untuk dimajukan dan dinaikkan untuk membina rumah atau bangunan yang dijalankan menyebabkan hakisan tanah yang berlaku. Sebagai contoh, sesetengah pihak melakukan penerokaan di kawasan hutan, bukit bukau, batu kapur. Hal ini bukan sahaja menyebabkan berlakunya kecacatan struktur keindahan muka bumi malahan juga boleh menyebabkan tanah runtuh. Tanah runtuh tersebut kan masuk ke dalam sungai menjadi mendakan. Oleh itu, mendakan ini akan mencetekkan lagi paras air sungai dan seterusnya banjir akan berlaku. Masalah mendakan inilah merupakan penyumbang kepada salah satu faktor terjadinya banjir.
              Selain itu, bidang pertanian juga boleh menjadi salah satu faktor fenomena pemcemaran air ini. Hal ini boleh berlaku apabila pengilangan hasil-hasil pertanian boleh mengalirkan banyak bahan kimia cecair ke dalam sungai-sungai. Hampas-hampas organik yang menjadi bahan buangan pemprosesan selalunya akan dibuang ke dalam sungai. Penggunaan baja dan pestisid yang digunakan untuk membunuh haiwan perosak boleh mencemarkan ketulenan air. Bahan kimia tersebut akan menghalang penembusan cahaya ke bawah permukaan air dan mengakibatkan kematian tumbuh-tumbuhan dan hidupan air. Hal ini disebabkan kerana hidupan air tidak mendapat pengudaraan dan pengcahayaan yang secukupnya. Oleh itu, habitat hidupan air sekaligus terjejas.









KOMPONEN AIR DI MUKA BUMI

71% dari permukaan dunia.

    -97% air masin (laut)

    -3% air tawar

        - 87% ais dan glasiers, air bawah tanah, udara.

        - 13% air permukaan (0.4% jumlah air).



Di muka bumi terdapat lebih kurang 7% daripada jisim bumi adalah terdiri daripada air. 97% daripada air ini ialah air masin di lautan  dan 3% merupakan air tawar yang terdiri daripada  ais kutub.Hanya lebih kurang 0.7% air bumi terdapat di tasik dan sungai air tawar  dan di atmosfera.


Berikut adalah senarai untuk menjelaskan antara kesan utama daripada pencemaran air:


1- Campuran terlalu banyak bahan organik dalam air akan menyebabkan ia tercemar dan kekurangan oksigen. Kadar oksigen yang rendah akan membunuh ikan, tumbuhan dan organisma lain.  
2- Pencemaran biologi termasuk kehadiran bakteria dan pelbagai jenis penyakit lain yang mengandungi mikro organisma.
3- Nutrien (zat – seperti nitrogen dan fosforus) hasil daripada aktiviti manusia boleh menyebabkan pencemaran air minuman. Nitrogen dan fosforus daripada ladang haiwan dan racun untuk bidang pertanian menyebabkan pencemaran serius di dalam sungai, tasik dan laut.
4- Minyak yang dibuang ke dalam air, seperti ke laut menyebabkan pencemaran air yang serius. Bahan keluli yang berat seperti raksa, zink dan kadmium juga amat bahaya kepada alam sekitar. 

    Kesan kepada Hidupan Akuatik



    Alam sekitar rosak dengan teruk terutama di tempat yang mengalami pencemaran air. Pencemaran air memberi kesan kepada sistem eko laut, sungai, muara, tasik dan air dari tanah.





    Bagaimanapun, pencemaran air bukan hanya memberi kesan kepada alam sekitar, malah turut memberikan kesan kepada spesies yang menggunakan alam sebagai habitat. Hidupan liar akuatik adalah antara mangsa pencemaran air. Sejenis pencemaran yang memberikan kesan kepada air ialah bentuk fizikal, seperti peningkatan suhu. Oleh kerana air dialirkan daripada kilang industri, hampir 15 sehingga 25 miligram air yang dipanaskan dialirkan ke dalam sistem penyejuk air.
    Apabila air panas itu dialirkan keluar ke sungai, suhu air sungai itu akan meningkat. Hasilnya, ia akan mengganggu perhubungan ekologikal di antara sistem air dan hidupan akuatik. Malah, peningkatan suhu walau sedikit adalah bahaya kepada pelbagai ikan dan hidupan akuatik lain.

    Kesan Kepada Tumbuhan Biomas



    Pencemaran air turut memberi kesan kepada tumbuhan. Dengan peningkatan pencemaran kimia seperti nitrat dan fosfat, ia boleh menyebabkan kerosakan rumpair dalam sistem air, sekali gus mengubah habitat tumbuhan akuatik.

    Kesan kepada Tanah Basah



    Tanah basah menyediakan habitat kepada banyak organisma hidup dan spesies tumbuhan. Apabila fosforus daripada pencemaran bahan kimia ditambah dalam sistem air, lebih banyak rumpair tumbuh. Kebanyakan daripada fosforus yang ditambah ke dalam sistem air dihasilkan daripada kilang industri yang berhampiran. Dengan peningkatan fosforus, ia menyebabkan ekosistem menjadi tidak seimbang.
    Pencemaran air berkaitan dengan jatuhnya kualiti air yang diukur daripada kriteria biologikal, kimia dan fizikal.















    Langkah-langkah Mengatasi Pencemaran Air

    Langkah-langkah berkesan yang perlu dilaksanakan bagi mengatasi pencemaran air adalah seperti berikut:

    (i)                 Penguatkuasaan Akta Kualiti Alam Sekeliling dipertingkatkan dengan menyekat pencemaran dari punca.Sisa-sisa kumbahan daripada industri dan loji-loji perlu dirawat terlebih dahulu dan mematuhi had yang ditetapkan sebelum dilepaskan ke dalam sungai.Kemudian,Kerajaan Tempatan mensyaratkan semua premis makanan dalam kawasan Kerajaan Tempatan memasang penapis sisa makanan untuk menghalang sisa makanan,minyak disalurkan terus memasuki sungai dan mencemarkannya.

    (ii)               Melaksanakan program‘Peningkatan Kualiti Air Sungai’untuk mempertingkatkan kualiti air sungai aktiviti peningkatan kualiti air sungai.

    (iii)             Kesedaran mengenai kepentingan air sungai dipertingkatkan.Aktiviti-aktiviti meningkatkan kesedaran dan pendidikan alam sekitar kepada murid-murid dan orang ramai harus dipertingkatkan dalam usaha menyelesaikan masalah pencemaran sungai.Pada masa yang sama,pihak-pihak yang melakukan kesalahan dengan mencemarkan sungai atau alam sekitar,jika disabit kesalahan terus dikenakan hukuman denda  atau penjara atau kedua-duanya sekali.







    Rumusan


    Kesimpulannya,
    kesedaran menghargai ,menjaga kualiti, perasaan cinta akan sungai mahupun laut dan prihatin terhadap persekitaran alam patut didedahkan kepada murid sejak di bangku sekolah lagi supaya apabila dewasa kelak mereka akan lebih prihatin terhadap usaha kebersihan alam sekitar terutamanya memelihara kebersihan air. Media juga boleh memainkan peranan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap pentingnya sungai dan laut dipelihara supaya terus bersih. Semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing supaya sungai dan laut kita supaya tidak tercemar dengan teruk pada masa akan datang dan kita perlu sentiasa ingat air merupakan anugerah istimewa daripada tuhan yang tidak terhingga. pencemaran air merupakan masalah yang sangat serius dan memerlukan kerjasama semua pihak untuk menangani masalah ini supaya kita mendapat sumber air yang bersih dan dapat hidup dalam persekitaran yang tiada pencemaran air. Langkah-langkah yang tertentu perlu dijalankan sepanjang tahun supaya dapat mencapai tahap yang lebih efektif. Oleh itu,semua pihak termasuk pihak individu ataupun pihak kerajaan,kita semua perlu berusaha mengatasi masalah ini bersama dan seterunya mencapai Wawasan 2020.








    pencemaran air
    pencemaran air

    No comments:

    Post a Comment